Broker Opsyen Binari Anyoption adalah sebuah lagi syarikat yang didaftarkan di Cyprus. Broker ini menawarkan platform terbesar di dunia yang patuh dengan peraturan di seluruh Kesatuan Eropah.

Dengan mengambil kira peraturan di Kesatuan Eropah, Anyoption memiliki banyak sijil dan lesen yang dikeluarkan oleh badan-badan yang terbesar dan paling penting yang dikenali oleh ramai peniaga. Bagi mereka yang baru bermula dalam opsyen binari, mereka akan berminat untuk mengetahui bahawa aktiviti Anyoption dikawal di UK, Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain, termasuklah Cyprus.

Broker Anyoption ini telah wujud sejak tahun 2008 lagi. Hari ini, ia adalah syarikat yang paling lama dalam pasaran ini. Pada masa ini, broker opsyen binari tidak menerima banyak rungutan daripada peniaga. Anyoption belum hilang popularitinya. Pelanggan lama syarikat tersebut masih terus mempercayainya. Pada masa yang sama, peniaga-peniaga baharu turut melabur dana dan bekerja pada platform ini.

Melog masuk dengan broker Anyoption

1

Untuk membuat akaun dengan broker ini, anda perlu melalui tiga langkah. Pertama: mengisi borang khas dengan data peribadi. Ini akan membawa anda ke ruang kerja dagangan anda. Di sini, peniaga akan memasukkan suatu deposit dengan mana-mana cara mudah yang disediakan (VISA, MasterCard, Webmoney, pemindahan bank dan sebagainya). Semasa pembayaran yang pertama, broker Anyoption akan meminta anda untuk melalui pengesahan. Prosedur ini adalah wajib bagi kebanyakan syarikat yang beroperasi dalam pasaran. Dari satu segi, broker dapat mengelakkan pelaburan wang haram, dan dari segi yang lain pula, ia lebih selamat untuk peniaga.

Broker Anyoption bagi opsyen binari menawarkan hanya satu jenis akaun dagangan dengan deposit minimum sebanyak 200 USD. Deposit berikutnya daripada peniaga bermula daripada $ 100.

Suatu deposit minimum berjumlah 200 USD yang ditawarkan oleh Anyoption, pada dasarnya, tidak boleh dianggap sebagai tinggi. Pada hari ini, broker popular di pasaran menawarkan jumlah yang lebih kurang atau sama. Selain itu, deposit minimum ini membolehkan anda untuk benar-benar memulakan mengaut keuntungan.

Platform Dagangan Anyoption

Platform dagangan broker Anyoption dalam kebanyakan halnya adalah serupa dengan platform dagangan bagi broker opsyen binari yang lain dari aspek kefungsiannya. Ia membolehkan anda untuk membuka urus niaga dan menjejak kadar semasa bagi aset pendasar.

Dari segi fungsi, platform dagangan Anyoption tidaklah begitu berbeza daripada terminal broker yang lain.

Ia agak mudah untuk digunakan. Untuk membeli suatu kontrak, peniaga akan memilih jenis opsyen, aset pendasar, arahan atau syarat-syarat lain yang diperuntukkan oleh kontrak, tempoh tamat dan jumlah pelaburan.

Seseorang itu boleh mula menggunakan platform dagangan Anyoption sejurus selepas membuat deposit minimum dengan broker. Namun demikian, sebelum itu kami mencadangkan agar membiasakan diri dengan akaun demo interaktif dulu bagi memahami bagaimana platform tersebut berfungsi.

Akaun demo Anyoption

Tidak seperti kebanyakan broker opsyen binari, Anyoption memiliki caranya yag tersendiri berkenaan dengan akaun demo. Ia menawarkan suatu demo interaktif, yang memberikan anda satu idea yang lengkap tentang apakah itu platform dagangan Anyoption dan apakah ciri-ciri yang ia ada.

Broker Opsyen Binari Anyoption menawarkan satu akaun demo interaktif, yang membenarkan  anda dalam hanya beberapa klik untuk membiasakan diri dengan platform dagangan.

Dari satu segi, hakikat bahawa seseorang peniaga itu boleh mengamalkan dagangan dengan bantuan akaun demo adalah satu kelemahan yang ketara. Sebaliknya, broker Anyoption menganggap bahawa akaun latihan tersebut secara umumnya, adalah tidak begitu berguna untuk para peniaga. Namun dalam mana-mana keadaan, ia adalah lebih baik daripada tiada apa-apa.

Jenis-jenis kontrak.  Aset pendasar Anyoption

 

11Broker Opsyen Binari Anyoption.com menawarkan para pelanggannya empat jenis kontrak. Opsyen klasik atau opsyen binari adalah yang pertama daripadanya. Kontrak jenis ini melibatkan penentuan arah perubahan harga yang berkenaan dengan harga semasa bagi aset pendasar.

Opsyen + adalah jenis kontrak yang kedua, yang menawarkan broker Anyoption. Opsyen ini mempunyai satu ciri yang agak menarik. Ia boleh dijual kepada broker pada bila-bila masa (dengan premium yang lebih rendah).

Satu lagi kontrak menarik yang ditawarkan oleh Anyoption adalah binari 0-100. Di bawah senario tertentu, seorang peniaga itu boleh membeli atau menjual kontrak. Opsyen ini mempunyai ciri-ciri keupayaan luas dari segi keuntungan. Walau bagaimanapun, lebih tinggi hasil, semakin tinggi risikonya.

Yang terakhir, seperti kebanyakan broker, Anyoption mempunyai opsyen OneTouch yang lumayan. Ia membolehkan anda untuk menjana pendapatan sehingga 380 peratus. Sudah tentunya, opsyen ini membawa risiko yang lebih tinggi dan oleh itu ia tidak digalakkan untuk semua peniaga.

Latihan disediakan oleh broker Anyoption

Latihan yang disediakan oleh broker bagi opsyen binari Anyoption termasuklah video bagi demo interaktif yang dinyatakan di atas, buku elektronik, serta artikel khusus. Seperti kebanyakan syarikat, panduan video dibahagikan kepada peniaga yang baru bermula dan peniaga mahir.

Anyoption menawarkan kepada semua para pelanggannya jenis-jenis bahan latihan seperti berikut:

  • pelajaran video
  • buku elektronik interaktif
  • artikel

Tutorial video Anyoption untuk para peniaga memberitahu apakah itu opsyen binari, dan apakah ciri-ciri untuk kontrak dagangan seperti ini. Juga, di dalam tutorial video, anda akan belajar tentang apakah itu analisis pasaran, dan apakah jenis analisis pasaran yang wujud.

Secara asasnya, buku elektronik ini adalah sama dengan tutorial video. Ia akan menjadi berguna dan menarik untuk mereka yang lebih memahami teks bertulis daripada bahan video. Selain daripada itu, ia memberikan semua aspek sama bagi pasaran kewangan, seperti juga tutorial video.

Isyarat dagangan broker Anyoption

Sekarang, mari kita berbincang tentang sistem isyarat bagi broker Anyoption. Secara umumnya, sistem ini tidak seharusnya dipanggil sistem isyarat. Ia adalah lebih kepada suatu alat lanjutan yang menunjukkan pendapat peniaga. Namun, ia boleh menjadi sangat berguna kepada ramai pelabur, termasuklah mereka yang baru bermula.

Apakah yang dapat dilihat oleh mereka yang menggunakan urus niaga langsung broker Anyoption? Pertama sekali, ia adalah kontrak, yang dibeli oleh peniaga untuk pelbagai aset pendasar. Iaitu, anda boleh menyertai urus niaga ini dengan membuka urus niaga anda sendiri pada arah yang sama).

Kami mengesyorkan agar anda menggunakan alat ini dengan berhati-hati. Malah, peniaga berpengalaman juga turut melakukan kesimpulan yang salah dari semasa ke semasa. Oleh itu, sebelum membeli kontrak dengan mengikut isyarat demikian, kami mencadangkan agar anda menjalankan analisis anda sendiri bagi aset pendasar itu. Jika hasilnya bertepatan dengan isyarat itu, ia hanya akan membawa keuntungan kepada anda. Namun, jika hasilnya tidak sepadan, anda akan membuat keputusan anda sendiri, bergantung kepada pendapat manakah yang lebih anda percayai. Anda juga mungkin terpaksa melepaskan urus niaga tersebut.

Ulasan Anyoption

Terdapat ulasan di mana sesetengah peniaga mengadu bahawa broker tidak membayar wang untuk program bonus, dan memaksa peniaga untuk memenuhi beberapa urus niaga tertentu. Aduan sedemikian adalah tidak berasas. Peniaga perlu membaca syarat-syarat bonus dengan berhati-hati sebelum mereka menerimanya!

Sesetengah peniaga tidak berpuas hati dengan syarat-syarat pengesahan wajib. Namun setakat ini, tiada broker yang menawarkan dagangan tanpa pengesahan.

Anyoption juga mempunyai banyak ulasan positif. Para peniaga sememangnya akan membuat keuntungan apabila bekerja dengan syarikat tersebut. Anda boleh menyemaknya dengan membaca komen pada artikel.

Kebaikan dan keburukan Anyoption

 

111Berikut adalah rumusan ringkas kami mengenai ulasan terhadap broker Anyoption dengan penekanan khusus kepada kebaikan dan keburukan syarikat:

  • + Broker yang boleh dipercayai di pasaran sejak 2008, yang dikawal selia di seluruh Kesatuan Eropah
  • + Platform mudah dan intuitif
  • + Kemungkinan boleh merancang kontrak anda sendiri
  • + Pelbagai jenis bahan-bahan latihan
  • + Kemungkinan untuk meniru peniaga terbaik broker Anyoption

Kelemahan broker ini adalah mungkin ketiadaan peluang untuk menjalankan analisis ke atas platform ini, serta deposit minimum yang agak tinggi iaitu $ 200. Tetapi deposit tinggi tersebut tidak sepatutnya menjadi masalah untuk mereka yang mempunyai niat serius untuk mendapatkan wang di pasaran kewangan.

BERI MAKLUM BALAS